Taklimat Klik Dengan Bijak dan Sebenarnya.my & Mini Cinema

9 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mac 2020 yang lalu, telah berlangsung taklimat klik dengan bijak dan sebenarnya.my serta diadakan juga tayangan mini cinema sempena cuti hari ahad kepada komuniti PA DBKL Desa Rejang. Kelas telah diadakan selama 3 jam dari pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang.

Peserta terdiri daripada pelajar sekolah yang baru bermula persekolahan bagi tahun 2020. Peserta diberi taklimat berkenaan klik dengan bijak dan sebenarnya.my dan manfaatnya kepada mereka jika mereka memahaminya. Sebelum memulakan tayangan filem. Tayangan bertujuaan untuk mengisi masa lapang pelajar semasa cuti persekolahan dan mengelakkan pelajar untuk melakukan perkara tidak berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali